WELCOME TO DIANBIZZCORNER. WE PROVIDE SERVICE AS FOLLOWS WITH VERY REASONABLE AND AFFORDABLE PRICE:-*Half price on Hotel accommodations (2 Room Apartment) at listed Hotel & Resorts * Used yet good quality of clothes. * Used handbag & accessories - Computer service * Bakery * Others Items coming soon*

Followers

Wednesday, December 23, 2015

Trip To CASA TITIK Cherating

Dian & Yoga
The trip actually was in October 2015.  Since I seldom blogging nowdays, I completely forgot about it. However, I need to blog about the trip because this place is awesome and we love it so much..

We only stay here for a night because the night before we were in Kemaman Terengganu ( Husband got some official matter there) and I actually book the room last minute due to our another favorite place Impiana fully book on the same day. I read some good review from the internet and since it also a school holiday I want Dian to felt the " firefly adventure" so she can have some educational trip to talk about when she comeback to school.

Check in at 3pm, but we arrive  early  and the staff allow us to check in into our room around 2.30pm. When we arrived there, the huge bungalow is stunning. As a painting lover I was mesmerize with their beautiful and unique decoration designs.

The room is big and cosy. They have a little balcony and ours facing the sea. Yes, they do have private beach here, just 5 mins walk from the homestay but, its already end of October (Monsoon) so the staff advise us not to swim due to the strong current.

What I like most here are....CATS. there's a lot of cats. There's a kitten greet us when we arrive and another black cat follow us to the room. It seem that there are the staff here. It remind us so much to Kiro at home.

The owner loves cats, the staff said. They even build a huge house for  20 cats. Luvvvve it!

I will stop wombling and let the picture tell the stories. I have a lot of pictures in my phone but since the long time pending to blog about the trip I accidently deleted it. So sayanggg...especially the picture we took on the firefly adventures.

For More information about CASA TITIK, you can visit their website HERE.

Lots of Cats..we luvve it
Love the Stair
Cosy

Karaoke panggil hujan

The room is big and cosy




Its Monsun season so we cant swim




A Horse Barn near the beach


Wednesday, July 29, 2015

SULWHASSO Perfecting Cushion No. 21 Foundation set for Sale

Anyone interested to buy pre loved Sulwhasso Perfecting Cushion No. 21 (Brigthening)?
Bought before Raya at Parkson KLCC, used once then find out that it dosen't suit my skin.
Comes with small moisturiser and serum
+
Refil
+
2 new sponge.
Bought for rm220 selling at 30% off RM154.00
COD available at any LRT Putra Stations
Post will be additional RM10
Whatsapp me at 0162764527
First come first serve basis.
Xoxox
Nora

Posted via Blogaway

 SOLD


Insurance Does Matter.

Asalamualaikum and Salam satu Malaysia.

Anyone out there that still doesn't have Insurance Policy?.You might said that Insurance not really important. When we died..other people will get the money. But do you know that Insurance not only about death?  How about if you get critical illness or you involved in an accident and become paralyzed?. Do you dare to watch your loved one suffer without income or you need to borrow money or gain symphaty from people or from the company that you work just to pay the hospital bill?

I bought my first insurance in year 2005 and the agent is not that pushy but she made me think deeper what insurance can help me during rainy days. Just imagine that insurance as your  Second child, she said. When we old and sick at least there will be someone taking care of us even we cant even lift our finger from bed. We will be blessed if we get a good family and people around us but what IF its not or we in helpless situation? In Islam we believe in fate however.. its also stated No One Can Change Your Life if you did not do it yourself?.

So, Insurance does matter..Some of us lucky that the company that we serve provide  superb medical benefits. However,  what happened if the rain come after we left our job? or we become jobless due to bad economy?.

Personal Insurance and saving plan is a must for this generation. If its not for our benefit..it will be for our loved one, children especially.You might think oh Nora is a part time insurance agent now?. The answer is NO..I'm only sharing with you that if you need any insurance advises and service..you can contact my dear friend on Great Eastern Takaful Islamic and she will give you info's and services.

Anyone interested to buy or know insurance kindly.contact:-

 ( Diyana will help to explain to you on what insurance that suit and affordable for you)


Ms. Diana Rahman at 0133919066 
( Great Eastern Takaful Agent)


Sharing is caring

Have a blessed Wednesday everyone. InshaAllah.

Posted via Blogaway

Sunday, June 7, 2015

Mother Nature Warns us.

Bismillahirahmannirahim..

I just want to share something that linger in my mind during these 3 days after an earthquake tragedy struck my hometown especially my parents house in Ranau 5th June 2015.

* Our earth is old..its already endure many damage done by human and she give us a warning. In other word Allah swt gives us a sign.

* These disaster cant be predicted and not all people /agency in Malaysia trained to handle.such situation especially it happened at Kinabalu mountain which is the tallest mountain in south east Asian. The trail is extremely difficult to some people and the weather is unpredictable. Therefore I do understand when the rescue team having difficulty and disorganize at the begining of the SAR. Unlike our UNSUNG HERO the very own local people Malim Gunung aka Tour Guide that go thru the trail almost everyday..they know the place better and its an advantage for them to act fast to handle the situation. KUDOS to all the tour guide and local volunteers.

* Its such unfortunate and sad to hear that most of the victims are young students from Singapore. The trip suppose to be their learning journey with the nature but ended tragically. My deepest condolence to the families that lost their love one in such a young age..but please put it in your heart that God Loves them and may their beautiful soul rest in peace.

* I'm a bit dissapointed with some people who have narrow minded and heart by labeling this earthquake is a curse ' Bala'. As I know people in Sabah is just like other people around the world that been tested by Allah and this tragedy is not for only Sabahan to think deeply about it. Its everyone in the world call to respect each other religions and cultures. To all the sick keyboard warriors out there please repent and think wisely that this tragedy is not political thingy and stop being negative and start to unite.

* Apart all that..I hope there will be a system implemented by the goverment to monitor the earthquake movement in future especially in Sabah. We already encounter this tragedy more that 30 times since 1980..and this is the worst. Therefore a proper system must be implimented like other countries such japan etc.

Last but not least..let all of us learn something from this tragedy..and respect mother nature.

When you ask me..dont I afraid to go back hometown after this?

My answer..I Cant Wait To Go Back for HariRaya Aildilfitri InshaAllah.


Posted via Blogaway

Sunday, May 17, 2015

Melancong ke Siem Reap, Cambodia

Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Agak berkurun juga saya tidak menulis dalam blog ni, kadangkala saya merasa zaman Blogspot sudah berlalu dan adakah seterusnya Facebook juga akan menjadi sepi?. Buat masa ni Facebook masih hidup lagi hehe..kerana saya seorang yang suka berkongsi maklumat, bak kata orang " sharing is caring".

Saya terpanggil untuk menulis blog ini kerana saya telah berjanji dengan seseorang untuk berkongsi pengalaman semasa lawatan kami sekeluarga ke Siem Reap baru-baru ini. Oleh kerana janji mestilah di tepati, maka saya dengan berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan tips semasa menjejakkan kaki di bumi Khmer pada awal bulan May tahun ini.

Trip kali ini sepatutnya disertai Bapa Mertua namun beliau agak sibuk dengan urusan yang lebih penting maka pada tahun ini, kami membawa keluarga di sebelah Sabah sahaja iaitu Nenek dan Atuk Dian. Seperti trip-trip yang lalu, perancangan haruslah dibuat lebih awal seperti pembelian tiket, penempahan hotel, info-info yang berkaitan dan tempat-tempat yang mesti dikunjungi sewaktu berada di sana.

Oleh kerana saya agak sibuk dengan urusan pejabat sepanjang April, maka perancangan saya juga agak boleh dikatakan last minute, namun saya bersyukur kerana dapat membeli tiket lebih awal dan mendapat harga yang berpatutan. Untuk pengetahuan semua, kami memilih Airasia dan harga tiket promosi untuk pergi dan balik adalah kurang dari RM2500. Agak berbaloi kerana kami juga merancang untuk mendapatkan driver dan guide sewaktu berada disana dan menyewa van selama 3 hari kerana, trip kali ini agak mencabar kerana kawasan yang dikunjungi agak besar dan kami membawa dua veteran yang mungkin tidak selesa sekiranya kami memilih untuk menaiki Tuk-tuk.(Tuk-tuk merupakan beca  yang digunakan oleh pemandu Cambodia untuk membawa pelancong disekeliling bandar Siem Reap). Saya juga telah mengkaji dari internet dan mendapati jalan raya di sana agak berdebu dan adalah kurang sesuai sekiranya kami membawa warga emas dan kanak-kanak menaiki tuk-tuk,maka kami telah  menyewa van selama 3 hari dengan harga USD 275 aka RM990 termasuk harga tiket ke Angkor Wat dan Kompleks Kebudayaan.

Hari pertama di Siem Reap. Penerbangan kami  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap pada jam 0750 pagi waktu Cambodia dan 8.50 waktu Malaysia. Untuk pengetahuan semua jurang masa di Cambodia adalah lebih awal sejam daripada di Malaysia. Penerbangan ke  Cambodia mengambil masa selama 2 jam dari Kuala Lumpur.

Setibanya disana, kami telah di jemput oleh Driver kami yang berbangsa Champa Melayu iaitu Encik Nasir. Sebenarnya saya telah membaca review di internet mengenai perkhidmatan mereka dua beradik iaitu Salim dan Nasir dan rata-rata pengunjung di sana berasa berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Kami sekeluarga juga berasa senang kerana, En. Nasir merupakan seorang yang peramah, boleh berbahasa Melayu dengan fasih dan tidak berkira sepanjang kami berada disana. Beliau juga suka bercerita mengenai asal usul dan sejarah masyarakat Cambodia. Maka melalui beliau saya mempelajari banyak benda -benda baru dan salah satunya, Siem Reap bermaksud  Siam Kalah...dimana masyarakat Siem Reap berjaya mengalahkan tentera Thailand yang cuba menakluki Siem Reap pada masa itu. Itenerary kami yang pertama ialah melawat  Silk Farm dan The Artisan yang mempamerkan seni kraftangan masyarakat Cambodia.

           Demonstrasi proses penenunan Sutera Cambodia

                       Artis tempatan di The Artisan yang sangat berbakat dalam seni pertukangan


Penerangan mengenai jangka hidup Ulat Sutera

Cambodia boleh dikatakan sebuah negara yang masih muda dari segi pembangunan. Ini kerana mereka baru keluar dari kepompong peperangan dan penindasan  regim tentera POL POT kira-kira 25 tahun yang lalu, justeru itu, kebanyakan  Infrastruktur  di Siem Reap terutamanya jalanraya masih belum sempurna, kebanyakannya masih belum berturap namun begitu oleh kerana wujudnya Angkor Wat yang merupakan salah satu 7 benda ajaib  dunia di Cambodia maka, ianya telah dikunjungi  pelancong dari seluruh dunia yang mahu melihat keajaiban seni reka bangunan yang penuh dengan unsur sejarah dan misteri itu dan dapat membantu rakyat Cambodia dari segi ekonomi.


 Yours truly
Ukiran Angkor Wat yang masih utuh walau berusia ribuan tahun

Hitam Putih Angkor Wat

Saya telah ditanya oleh seseorang " tak takut ke masuk dalam temple Angkor Wat tu. Kan tu rumah ibadat?" pemahaman saya..mungkin dia mempersoalkan hal akidah. Sebagai seorang yang rasional, saya tidak menyalahkan beliau bertanya soalan yang agak abstrak seperti itu, kerana mungkin pemikiran beliau tidak terbuka. Beliau masih belum melihat dunia sebagai salah satu ilmu yang patut kita kaji dan pelajari termasuklah cara kebudayaan dan cara hidup manusia. Bagi seorang yang mungkin agak " terbuka" bagi saya ,ibadah kita  bukan hanya diatas tikar sejadah. Sedangkan Nabi Muhamad SAW sendiri bersabda, carilah ilmu sampai ke negara China, maka bagi saya, sekiranya kita meletakkan limitasi perjalanan hidup kita kepada sesuatu perkara, bagaimana kita mahu membezakan benda yang baik dan benda yang buruk?. Mengikut bahasa yang mudah difahami..sekiranya kita takut untuk melihat dan belajar mengenai dunia luar, kebudayaan dan agama orang lain, bagaimana kita mahu membezakan yang mana sahih dan yang mana palsu? bagaimana kita mahu mengunakan pemikiran kritis kita sekiranya kita melihat dunia sebagai satu lorong yang sempit ? Tepuk dada tanyalah selera. Bagi saya manusia berbeza-beza oleh itu terpulanglah pada pandangan masing-masing. Wallahualam.
Salah satu Keunikan Angkor Wat

Berbalik kepada pengalaman sewaktu kami di Siem Reap, populasi masyarakat Islam disini adalah 40% sahaja oleh itu, makanan HALAL agak terhad. Sepanjang kami berada disana, En. Nasir telah membawa kami makan di 2 restoran halal iaitu  Muslim Family Restaurant dan Cambodia Muslim Restaurant. Kedua-dua kedai ini terletak berdekatan. Jangan terkejut kerana makanan disana dibayar dengan USD. Sekiranya kita kurang arif akan portion makanan, sekali makan boleh mencecah ke RM88-RM100 pada hari pertama seperti yang telah kami alami. Namun selepas mengkaji bahawa walaupun harga agak mahal berbanding Malaysia akan tetapi satu jenis lauk boleh dimakan untuk 3-5 orang. Portion lauknya agak besar dan berbaloi. Oleh itu dengan hanya memesan 2-3 jenis lauk sudah memadai kerana portionnya yang besar dan mengenyangkan. Antara menu yang terkenal di Cambodia ialah Lembu naik Bukit dan  Amok Ikan Kari. Nama agak menyeramkan tapi sangatlah sedap. Jangan lupa pesan menu ini sekiranya berkunjung ke Restoran Muslim di Siem Reap.

Hotel yang kami pilih agak jauh dari pusat bandar iaitu kira-kira 6KM. Ini kerana saya membaca review dalam internet hotel yang berdekatan dengan bandar agak bising kerana, Siem Reap bandar yang Happening di waktu malam terutamanya hotel yang berdekatan dengan Pub Street. Oleh itu saya memilih Angkor Boutique Hotel yang terletak kira-kira 10 minit dari bandar Siem Reap. Hotel 4 bintang ini ternyata tidak mengecewakan kerana interiornya yang cantik, bilik yang besar  dan pekerja Hotel yang very helpful. Inter - connecting room rate untuk 3 malam adalah 226 USD iaitu dalam RM800 berserta dengan sarapan pagi dan free transfer to Airport and free Tuk-tuk ride for 8 hour setiap hari. Oleh  kerana kami telah mengupah En. Nasir, kami hanya mengunakan benefit  pada hari terakhir iaitu free transfer to Airport sewaktu balik ke Kuala Lumpur.

 Angkor Wat Hotel yang tidak mengecewakan.

Hari kedua di Siem Reap merupakan kemuncak perjalanan kami kerana kami akan mengunjungi Angkor Wat Complex.  Terdapat 6 buah kuil yang boleh dilawati dengan bayaran 20 USD seorang iaitu approximatey RM 72..namun oleh kerana cuaca yang agak panas dan kuil -kuil tersebut agak besar dan nenek Dian agak letih maka, kami sempat melawat 3 kuil sahaja iaitu Angkor Thom, Bayon Thom dan Ta Prohm .Sempat juga Dian dan Nenek merasai pengalaman naik gajah di Bayon Thom dengan bayaran 20USD seorang. Saya melihat gajah-gajah disini agak sihat dan terjaga kebajikannya berbanding dengan gajah-gajah yang kami naiki di Phuket  Thailand ataupun di A- Famosa Malacca.

 Nenek dan Dian naik Gajah! hehe

Sekadar berkongsi, masyarakat Cambodia dipengaruhi pelbagai etnik budaya. Ini kerana ianya pernah dijajah oleh Thailand, Vietnam,  Jepun  dan China . Rata- rata masyarakat Cambodia  beragama Hindu dan Buddha dan hanya minoriti beragama Islam. Namun Rakyat Islam disini Alhamdulilah tidak ditindas seperti yang berlaku dinegara-negara jiran Cambodia iaitu, Thailand dan Mynmar contohnya.

Sekiranya anda ingin mendapat info yang lebih mengenai  Angkor Wat  kompleks ini bolehlah  lihat DISINI . Rata-ratanya kami melihat pada ukiran halus dinding Angkor wat ini kebanyakan menceritakan mengenai ketuhanan Hindu dan juga cara tata hidup masyarakat pada waktu itu.Seni ukirannya begitu halus dan terjaga walau telah malangkau ribuan tahun.

 Sunrise di Angkor Wat

Kadang-kadang terfikir juga bagaimana agaknya pembinaan Angkor Wat yang besar ini pada zaman belum wujudnya teknologi. Ini samalah seperti pembinaan Piramid di Mesir. En. Nasir mengatakan berjuta-juta nyawa terkorban dalam pembinaan Angkor Wat ini..termasuklah Gajah. Gajah merupakan binatang utama yang digunakan dalam pembinaan Kuil-kuil ini. Sedihlah pula mengenang nasib si Gajah yang turut berbakti dalam pembinaan ini. kalau bab binatang ni  saya sentimental sikit.. hehehe.

Pada waktu malam kami sempat berspa dan berurut di sebuat pusat spa di tengah bandar Siem reap. Harga untuk massage disini agak murah dan ada yang hanya 3USD untuk 15 minute. Namun begitu saya berasakan massage Thailand lebih kick berbanding Cambodia dan Vietnam.

 Massage serendah USD3 untuk 10 minit.

Hari ketiga, kami melawat  Killing Field , kompleks Kebudayaan serta Muzium Siem Reap. Killing Field di Siem Reap tidaklah sebesar si Phom Phen, namun terdapat banyak info dan tengkorak yang dipamerkan disini hasil daripada pemerintahan ditaktor tentera Polpot yang berkuasa pada awal tahun 1949 Untuk yang kurang arif, Polpot merupakan seorang yang kejam dan telah melancarkan genocide yang terburuk dalam sejarah kemanusiaan Cambodia.


 The killing Field- Menyimpan seribu kisah hitam rakyat Cambodia

Selepas berkunjung ke Killing Field kami dibawa pula melawat Muzium dan  Pusat kebudayaan Cambodia. Pusat ini buka dari jam 2pm  ke 6pm. Pelbagai persembahan kebudayaan etnik masyarakat Cambodia di persembahkan dan antara yang paling meyeronokkan ialah persembahan majlis perkhawinan masyarakat Khmer. Banyak sungguh pantang larangnya kalau nak berkhawin di sini!. Selain itu terdapat juga pertunjukan Akrobatik dan Tarian Kebudayaan.


  Sewaktu melawat Pusat Kebudayaan Sieam Reap

Malam terakhir kami penuhi dengan aktiviti membeli belah barang-barang cenderahati. Terdapat dua tempat utama untuk membeli belah iaitu Village Market dan Night Market. kami sempat ke Night Market sahaja kerana disana lebih murah. Walau bagaimanapun, TIPS yang saya boleh kongsikan disini sekiranya mahu membeli barang souvenir yang lebih murah dan boleh tawar menawar, belilah sewaktu anda melawat Angkor Watt. Kerana gerai-gerai disana jauh lebih murah daripada kawasan Night market yang merupakan Tourist spot.

Pengalaman kami semasa di Siem reap walaupun cuaca panas ( Mac-Mei merupakan musim panas di Siem Reap), dan agak penat, kami gembira dengan layanan dan Hospitaliti yang ditunjukkan oleh masyarakat disana terutamanya En. Nasir dan adik beliau En Salim. Oleh itu saya telah berjanji untuk mempromosi perkhidmatan beliau untuk pelancong yang ingin berkunjung ke Siem Reap bolehlah menghubungi En. Nasir ataupun En Salim  seperti berikut:-


Emails:
1. threebrothers41@gmail.com
2.angkorlim@gmail.com
3.sekongankor2011@hotmail.com
Telefon No:
 ( +855)977256503 / (+855)78996840

 Suami bergambar bersama En Nasir (Kanan) Tour+ Driver kami di Siem Reap


Anda pasti berpuas hati dengan sikap peramah dan tidak berkira beliau. Hajat dihati ingin memberi tips tambahan pada hari terakhir disana, namun Kad Maybank pula tidak boleh digunakan..agaknya bukan rezeki beliau.. namun pada siapa2 yang mahu ke Siem Reap bolehlah menghubungi beliau  anda pasti berpuas hati.

 Fakta yang ada perlu tahu mengenai Cambodia.

1. Dobi disini mengunakan cahaya matahari sebagai Dryer.

2. Kerajaan tidak menyediakan sekolah untuk kanak-kanak Cambodia. 
Kanak-kanak mendapat  pendidikan sekiranya ibubapa bekerja keras menghantar anak ke sekolah swatsa. Oleh itu  ramai  dermawan dari seluruh dunia menaja kanak-kanak Cambodia untuk melanjutkan pelajaran, Alhamdulilah.

3. Pas lawatan Angkor Wat  terbahagi ke pada 1 hari, 3 hari dan  seminggu atas keluasan kuilnya.

4.   Rata-rata Tour Guide Cambodia boleh bertutur dalam pelbagai bahasa seperti Jepun, Korea, China, English, Melayu dan juga Spanyol. Bagi sebuah negara yang mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu ini merupakan sesuatu yang membanggakan!




xoxox
Nora.



Monday, January 26, 2015

Perkhidmatan bas sekolah atau perkhidmatan cari untung??


Well its not a good start for venting in the early year of 2015. However as a concern mother..I need to said something that maybe some of you out there can share some opinion or experiences towards this matters.
Izinkan saya cakap rojak ya hehe..BM and BI can go along well isint?. Apa yg saya nak share di sini adalah sikap sesetengah peniaga bumiputra kita yang besikap tamak dan tidak mementingkan kualiti dan asyik mementingkan keuntungan semata mata dalam berniaga. Mula mula servis baik lama lama dah jadi lemau..kalau macam ni macammana nak sokong peniaga bumiputra?
Contohnya servis bas sekolah di area Cheras or Bandar Sri Permaisuri..untuk area sekolah rendah or sekolah menengah. Saya tak cakap semua van sekolah ya..tapi ada sesetengah tu memang nak untung saja tapi takda mementingkan keselesaan budak sekolah. Kadang tu van ambik banyak sangat budak dalam satu van sampaikan ada yang bersesak macam sardin..tak duduk ataupun terpaksa mencangkung sepanjang perjalanan. Maybe lah rumah budak tu tak sampai 5 minit sampai..tapi kalau budak kecik dan beg sekolah yang macam batu beratnya tu..tak ke seksa..kalau tak.dapat duduk..Duit van belum habis bulan dah minta..tapi servis kat anak2 sekolah ni ala kadar saja..main tangkap muat saja. Ada tu kadang2nya..anak kita tak ikut van selama 2 minggu or kadang tu tak naik langsung..boleh pula pengusaha van tu minta duit penuh.. MasyaAllah..apa nak jadi...Maaf cakap lah kan..kita ni Islam.. Duit ni kena halal..Kalau saya lah seorang peniaga..saya MALU nak ambik duit dari orang yang saya tak beri perkhidmatan..dengan alasan?kononnya susah nak kira?. Apa salahnya bersikap relevan dan jujur dalam berniaga? Anak orang nu naik van sekolah 2 minggu..bayar yang itu sahajalah.. Tak payah berkira2. Dahlah berkira budak budak pun selalu duduk dalam van yang aircond rosak..macammana tu?
Kalau dah banyak sangat budak budak dalam satu van tu apa salahnya...tambah satu van baru..kan dah ada keuntungan tu?Biarlah budak budak selesa. Hati ibubapa pun gembira takdalah sedih kalau anak hanya ada masa 5-10 minit untuk tukar baju ke sekolah agama petang pula sebabnya..nak mengejar van yang katanya banyak trip? 5 minit tak sempat mandi tak sempat makan..budak2 kecik jadi tak sihat. Mungkin pengusaha van kalau terbaca ni akan kata..kalau banyak komen hantarlah anak ke sekolah sendiri! . Ehhhhh...Allah Swt bagi REZEKI kat you all melalui perniagaan ni silalah berniaga secara JUJUR...Jangan nak untung saja..bukan semua ibubapa duduk rumah jadi surirumah..dan ofis dekat..so kenalah bergantung kepada perkhidmatan van..Jadi..tolonglah jujur dan tingkatkan perkhidmatan tu...bukannya tak pernah bayar..kita kadang2 anak naik van satu hari saja pun bayar penuh tau..So kepada pengusaha van/bas dimana mana pun kalau terbaca ni silalah musabahah diri.. Perkhidmatan untuk kanak2 ni jangan diambil ringan dan hanya nak untung saja..budak2 tak selesa dan ibubapa pula terpaksa menahan hati sebab takda pilihan lain. Have some MERCY to the kids..kalau kita jujur Allah akan bagi rezeki yang lebih..InshaAllah.
So..you tell me..how am I going to support peniaga bumiputra if servis yg diberikan ada pasang surut?bukan saja pengusaha Bas sekolah area bandar permaisuri je..business bumiputra yang lain pun kadang-kadang macam ni juga. Hari ni burger sedap..lama2 dah tak sedap sebab dah banyak pelanggan dia kurangkan bahan..tak jaga kebersihan..tak jaga kualiti?.Bukan semua ya..jangan salah faham..sesetengah sahaja.
So tell me how..nak support mereka yang macam ni?Wallahualam..sabarlah wahai hati semoga Allah memberi petunjuk.
Sekian saja rungutan saya..selamat tahun baru 2015..semoga tahun ini kita semua di rahmati Allah Swt.
P/s:..Untuk JO hotel tahun ni masih ada 4 quota benefit..namun untuk public holiday JO lain dah mendahului saya...selalu penuh tempat2 yang nak di booking tu. So yang tak dapat tu minta maaf ya.
Xoxo
Nora.
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway
Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Monday, July 21, 2014

#Justice for MH17

Another Sad tragedy for Malaysia. Lets us all Malaysian unite no matter what race we are, what political party we stand for. Please don't let the blaming game begin, BECAUSE if you call yourself  "orang yang mempunyai Agama"/ Religious or faith..you will know that everyone that live will die, Its only the matter of when and how. There will be a day that we must return to our creator. Some people died thru challenges ( such MH17 passenger and crew) and some are lucky enough to die with the love one beside them, in their own bedroom surrounded by love. However, death is a journey that we have to walk alone. Reclaim our self, back to the beginning. Its all stated in "Loh Mahfuz". So don't judge don't blame others when you see a tragedy, its hurt maybe but we have to accept that death is a part of life. Heaven or Hell is not us to judge. Its between us and God. And for myself, I always believe that Allah Swt is the most gracious and most forgiven.

And  its stated in Al-Quraan, Allah Swt tidak akan  memberikan ujian kepada kita, jika kita tidak mampu untuk menghadapinya.

Condolences and Al-Fatihah to all family of  MH17 tragedy. May their beautiful soul rest in peace.

# Justice4 MH17




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...