WELCOME TO DIANBIZZCORNER. WE PROVIDE SERVICE AS FOLLOWS WITH VERY REASONABLE AND AFFORDABLE PRICE:-*Half price on Hotel accommodations (2 Room Apartment) at listed Hotel & Resorts * Used yet good quality of clothes. * Used handbag & accessories - Computer service * Bakery * Others Items coming soon*

Followers

Sunday, August 14, 2011

CONTEST GUIDE & ANNOUNCEMENT

Asalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini hari ke 16 umat Islam menjalani ibadah Puasa. Semoga Ramadan ini menjanjikan Rahmat melimpah kepada semua. Bagi kaum ibu seperti saya, semestinya satu cabaran untuk mengajar anak anak berpuasa. My little Dian so far baru 2 hari berpuasa itupun,tak sampai separuh hari sebabnya tak tahan nak minum susu hehehe. Namun begitu saya tidak akan memaksa tapi akan ajar secara perlahan kepada Dian erti akan kepentingan bepuasa..InsyaAllah.

Kepada para sahabat yang beragama bukan islam.saya pasti sama-sama merasakan kemeriahan Ramadan dengan berkunjung ke pasar Ramadan. Malah kebanyakan shopping mall menawarkan diskaun dan promosi sempena musim perayaan.Inilah budaya ,Malaysia negara yang majmuk dan saling hormat menghormati ,Semoga suasana ini berkekalan Amin.

Announcement:- DIAN BC HOLIDAY FOOD CONTEST ini akan DILANJUTKAN sehingga 30th September 2011. L

Kepada Sesiapa yang agak confuse dengan terma pertandingan ini saya akan berikan contoh penyertaan kepada semua ya..:-D

1) Langkah pertama mestilah be my follower

2) copy baner ke dalam blog anda dan link kan ke Dian Bizz corner

3) Masukkan gambar makanan yang anda pernah nikmati,sewaktu bercuti. Tak kiralah dimana destinasi anda dan ceritakan serba sedikit mengenai makanan dan tempat tersebut.Gambar tersebut harus ada:

a) Gambar Makanan bersama anda ATAU
b) Gambar Makanan, dan gamba
r anda menunggu makanan tersebut di hidangkan.

4) Langkah terakhir adalah berikan link mana2 badan kebajikan( cukup sekadar alamat dan no akaun) untuk mengalakk
an pembaca lain untuk menderma di bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan yang lain. Amalan kita menderma walaupun sedikit akan membantu kita mendalami keperitan dan kesusahan golongan yang kurang bernasib baik. Itu adalah tujuan utama iaitu memupuk sikap bersedekah. However, ini bukan satu Paksaan ya.. jangan pula ingat baca blog saya wajib bersedekah.. tidak ya kawan-kawan..ini terpulang kepada individu itu sendiri....:-)

Contoh Entry saya ialah seperti dibawah:




Keropok lekor adalah salah satu makanan kegemaran kami sekeluarga setiap kali bercuti di Terenganu.Keropok lekor asli terengganu ini mempunyai rasa yang unik berbanding dengan keropok lekor yang dijual di Kuala lumpur ataupun ditempat- tempat lain. Rasanya lebih enak dan diperbuat daripada ikan segar. Tempat yang paling popular untuk membeli keropok lekor salah satunya ialah di Losong Terenganu.

Sempena bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita menderma dan beramal. Saya linkkan rumah anak-anak yatim yang beralamat di:-

MADRASAH QAMARUDDIN AL-ISLAMIAH
KAMPUNG STENGMAI
SIEM RAP, CAMBODIA.

Sebarang Info dan Sumbangan boleh hubungi Sukarelawan berikut:-
Cik Dalina 013-395 2412/ Cik Norleen 013-393 3619


Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah

**Ustaz Musa dan Anak-anak Yatim yang bersekolah disini**

** Sumbangan dan Derma termasuk barang2 terpakai yang masih elok kualitinya**

** Hasil derma, mereka membuka satu pusat bacaan untuk kanak2 ini**

** Terbayang kegembiraan mereka menerima sumbangan drp Malaysia**


Notakaki: Sesetengah orang mungkin bertanya, mengapa saya memilih Madrasah ini walhal ianya tidak terletak di Malaysia. Bagi saya, menderma itu tidak sepatutnya ada syarat dan batasnya. Saya memilih Madrasah ini kerana, Cambodia masih didalam kategori negara yang Mundur dan kanak-kanak yatim disini amat kekurangan bantuan terutamanya dari segi bahan-bahan bacaan ,pakaian dan sumbangan berbentuk wang tunai. Tidak seperti kita di Malaysia, kerajaan kita sedikit sebanyak ada memberi peruntukan dan pertolongan kepada badan-badan kebajikan, berlainan dari di Cambodia, pertolongan biasanya daripada individu perseorangan yang sedia memberi tanpa bantuan dari kerajaan. Oleh itu tak kiralah kita duduk di hujung dunia manapun, tangan yang menghulur tidak sepatutnya dibatasi jarak.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...