WELCOME TO DIANBIZZCORNER. WE PROVIDE SERVICE AS FOLLOWS WITH VERY REASONABLE AND AFFORDABLE PRICE:-*Half price on Hotel accommodations (2 Room Apartment) at listed Hotel & Resorts * Used yet good quality of clothes. * Used handbag & accessories - Computer service * Bakery * Others Items coming soon*

Followers

Wednesday, August 8, 2012

Coretan Ramadan

Asalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Saya terpanggil untuk menulis mengenai satu kisah yang saya sendiri lalui Ramadan tahun ni. Kisah ini bukan untuk mengaibkan atau mencari nama, tapi sekadar pengajaran dan pengetahuan tambahan untuk kita semua.
Yang saya coretkan adalah mengenai liku-liku kehidupan manusia. Semua kita sedia maklum bahawa, kehidupan kita di dunia ini tidak selalunya senang. Bak kata pepatah, Langit tidak selalunya Cerah. Namun, sebagai seorang Muslim, apa yang kita pelajari dari erti kesusahan, adalah satu langkah kita untuk mengubah kehidupan.

Saya amat bertuah kerana dapat mengenali sendiri sebuah keluarga yang boleh dikatakan kurang bernasib baik tapi umpama permata diantara ribuan pasir. Kenapa saya mengklasifikasikan sebegitu, ini adalah kerana walaupun keluarga ini kurang bernasib baik, tapi usaha untuk meneruskan kehidupan dan semangat untuk berusaha itu tak pernah padam. Malah, saya merasa amat kecil apabila berhadapan dengan insan ini, yang mana walaupun serba 'kekurangan' tapi tidak pernah putus untuk menghulurkan bantuan kepada yang lebih memerlukan. Apabila melihat ke cermin dan menilai diri saya sendiri, sejujurnya, dalam menghulur bantuan, saya adakalanya berkira dan memilih individu yang saya ingin berikan pertolongan itu. Sekiranya saya merasa mereka masih boleh berusaha, saya tidak akan menghulur walau sesen tu. Agak berlainan sekiranya saya melihat kaum hawa, atau kanak2 kecil yang meminta pertolongan, hati saya lebih terbuka untuk membantu, namun selain daripada itu saya jarang, dan adakalanya prejudis.

Apabila menemui insan2 istimewa ini, saya merasakan saya belajar banyak perkara. Pertolongan seharusnya tidak mengira 'siapa'. Sekiranya mereka memerlukan pertolongan, hulurkan. Kerana yang pentingnya niat kita dan bukan penilaian kita.

Apa yang saya huraikan diatas, adalah mengenai kehidupan Mak Zah seorang ibu tunggal, yang tabah dan mempunyai seorang anak kurang Upaya. Anak beliau yang kami gelarkan sebagai Abang Zul, walaupun tidak boleh bergerak seperti orang lain, beliau masih mempunyai inisiatif untuk bekerja mencari rezeki. Dengan kekurangan upaya beliau itu, beliau masih mampu menjual baja secara kecil-kecilan melalui internet. Apabila memandang beliau , beliau seorang yang sihat hati dan dalaman walaupun fizikalnya tidak mengizinkan. Begitu juga dengan Mak Zah, beliau tidak berkira untuk membantu dan memberi kepada orang-orang disekeliling beliau yang lebih memerlukan bantuan. Adakalanya kalau orang datang meminta makanan, dia akan memberi makanan yang tinggal daripada pinggan beliau sendiri. Ah..begitu mulia, hati sesetengah orang daripada kita yang adakalanya ada serba serbi tapi kurang prihatin kepada orang lain.

** Zulhelmy yang kurang upaya tapi tidak pernah berputus asa**

Oleh ini di bulan yang Mulia ini, sekiranya terbuka hati untuk mensucikan diri,  dan menderma, bolehlah menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. Bukan paksaan, secara rela hati. Sesiapa yang mahu menderma bolehlah menderma ke:

 ** Kasih ibu sepanjang hayat. Insan yg sangat pemurah  iaitu Arbaiyah Hamidon**

 Akaun Maybank 162245681953
Nama: Norazizah bt Abdullah
Contac No: 0169920533 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...